Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:
• Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.
• Dadah analgesik
• Aspirin
• Asetaminofen
• Ibuprofen
• Opioid
• Morfina
• Heroin
• Kodeina
• Dadah rekreasi
• Alkohol
• Nikotin
• Kafeina
• Halusinogen
• Kanabis
• MDMA
• GHB
• Kokaina
• Inhalan
• Dadah penggalak prestasi
• Amfetamina
• Efedrina
• Kokaina
PUNCA DAN KESAN NEGATIF DADAH !
1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang)
.
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat
mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila
menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran
, kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa
lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman ,
percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan
masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya
samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah
kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup
melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana
memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .
Gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi agar seluruh angota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah
gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah air ke daun keladi. Apakah
rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak kesan buruk
kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya
mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan
sahaja . Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita
sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi
yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu masalah yang masih belum dapat
dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok menghisap
14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai
memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi
sehingga ke akar umbi
Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat
naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat
dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat
kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya menghisap sebatang
rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah
matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk Seri
Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orangdewasa itu akan
dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi.
Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat
Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan
ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu
kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa
fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang
untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup
mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka
mendapatkan dadah.
Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya
sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra
Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah
mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan
orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya
hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan
menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah
terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu
penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut.
Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan
perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan
tempua bersarang rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang
kuat terhadap diri seseorang remaja.
Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan
dadah. Kerajaan telah menetapkan peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan
hospital melarang pesakit mereka menggunakan dadah yang dibenarkan. Sememangnya
diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah terutamanya dadah jenis
kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti
ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr.
Ray D. Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat
tembakau ,Kementerian Kesihatan masih ingin meminta pandangan syarikat
tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang meminta pandangan syarikat
tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah memperolok-olokkan usaha
kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin menular di Malaysia.
Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah bermula daripada
remaja itu sendiri. Perkara pertama yang dipandang remeh oleh remaja ialah
pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan mendorong rakannya untuk
melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai jati diri
dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala
–gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang pedoman dan jati
diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka
daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat memalukan apabila
statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum Melayu.
Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama
Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka.
Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang
lagikan bersuluh bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan
dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai 22344 orang
Melayu menjadi penagih dadah.
Selain itu,menurut wartawan dan penulis kepada sebuah
petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak pekerja seks di
Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu ibu mereka
‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat layang-layang
terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa juga menjadi
punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka tanpa
meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak
mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya. Penyataan itu juga
menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan atau ‘role
model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang
dewasa itu biasanya akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak
yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan
anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa mencorakkan peribadi
anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu antara satu
sama lain bagi membentuk negara Malaysia yang bebas dadah pada tahun 2015.
Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat berpeluk tubuh dan
menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi menjadi
bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur denga
tebing untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi Anti
Dadah Kebangsaaan jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi tersebut?
Kita tidak mahu kejadian sebagaimana yang diungkapkan oleh pendakwah dan
ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al Nadwiy yang berbunyi
‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-sungguh
mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang
lain pula asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.
ISU-ISU TERKINI
PULAU PINANG 23 Jan. – Sindiket pengedaran dadah di
negeri ini semakin berani apabila turut menghasilkan bom buatan sendiri dalam
usaha mengukuhkan rangkaian kegiatan haram mereka.
Lebih mengejutkan, mereka kini menjadikan lot rumah
kedai sebagai markas operasi dan tidak lagi memilih pangsapuri mewah seperti
kelaziman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan
Kesah berkata, ini ekoran serbuan pihaknya pada Selasa lalu di Jalan Seri Aman,
Sungai Bakap berjaya membongkar satu kegiatan kumpulan berkenaan yang
disifatkan polis sebagai berbahaya kerana mempunyai kemahiran menghasilkan
bahan letupan sendiri.
Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu ialah
pelbagai barangan yang dipercayai untuk menghasilkan bom selain pelbagai jenis
dadah dalam rumah kedai berkenaan.
“Mereka yang berusia 24 hingga 35 tahun itu ditahan
kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan meletakkan empat butir bom buatan
sendiri di halaman sebuah rumah di Sungai Bakap pada Sabtu lalu.
“Berikutan penemuan dadah dalam rumah kedai itu,
polis tidak menolak kemungkinan mereka merupakan ahli sindiket pengedaran
dadah yang aktif di negeri ini,” katanya di sini hari ini.
Mazlan berkata, pihaknya berjaya mengesan kumpulan
berkenaan melalui penelitian terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di rumah
berkenaan dan kesan cap jari.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-dadah-hasilkan-bom-tumpas-1.51769#sthash.vh4qslv1.dpuf PULAU PINANG 23
Jan. – Sindiket pengedaran dadah di negeri ini semakin berani apabila turut
menghasilkan bom buatan sendiri dalam usaha mengukuhkan rangkaian kegiatan
haram mereka.
Lebih mengejutkan, mereka kini menjadikan lot rumah
kedai sebagai markas operasi dan tidak lagi memilih pangsapuri mewah seperti
kelaziman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan
Kesah berkata, ini ekoran serbuan pihaknya pada Selasa lalu di Jalan Seri Aman,
Sungai Bakap berjaya membongkar satu kegiatan kumpulan berkenaan yang
disifatkan polis sebagai berbahaya kerana mempunyai kemahiran menghasilkan
bahan letupan sendiri.
Katanya, turut dirampas dalam serbuan itu ialah
pelbagai barangan yang dipercayai untuk menghasilkan bom selain pelbagai jenis
dadah dalam rumah kedai berkenaan.
“Mereka yang berusia 24 hingga 35 tahun itu ditahan
kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan meletakkan empat butir bom buatan
sendiri di halaman sebuah rumah di Sungai Bakap pada Sabtu lalu.
“Berikutan penemuan dadah dalam rumah kedai itu,
polis tidak menolak kemungkinan mereka merupakan ahli sindiket pengedaran
dadah yang aktif di negeri ini,” katanya di sini hari ini.
Mazlan berkata, pihaknya berjaya mengesan kumpulan
berkenaan melalui penelitian terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di rumah
berkenaan dan kesan cap jari.
ISU-ISU TERKINI
GEORGETOWN 21 JAN: Seorang pengawal keselamatan warga
Afrika dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas
tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.
Hakim Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap
Deon Jacobus Alfred Cornelius, 28, selepas tertuduh didapati bersalah mengedar
1.9 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamin di Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang (LTAPP) pada 4 Oktober 2013.
Nordin dalam hujah penghakimannya, berkata pihak pembelaan
didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan dengan ini mahkamah menjatuhkan
hukuman mati terhadap tertuduh," katanya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zuraidah Zakaria,
sementara tertuduh diwakili Hussaini Abdul Rashid.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
JAKARTA – INDONESIA 21 JAN. Presiden Indonesia, Joko Widodo
menolak rayuan pengampunan daripada salah seorang penyeludup dadah warga
Australia yang dikenakan hukuman mati, menurut media tempatan semalam.
Keputusan itu membuka jalan bagi pelaksanaan hukuman mati terhadap Andrew Chan oleh skuad penembak bersama-sama rakan senegaranya, Myuran Sukumaran.
Chan dan Sukumaran pernah merayu kepada bekas presiden sebelum ini agar hukuman mereka diringankan, peluang terakhir mereka bagi mengelakkan daripada berdepan skuad penembak selepas rayuan mereka di mahkamah ditolak.
Kedua-dua tertuduh adalah anggota kumpulan Bali Nine ditahan pada 2005 kerana cuba membawa masuk 8.3 dadah kokain ke negara itu.
Minggu lalu, enam anggota sindiket terbabit ditembak mati di Pulau Nusalambangan dan Boyolali.
"Permintaan pengampunan bagi pihak Andrew Chan telah ditolak.
Pihak berkuasa juga belum menetapkan tarikh pelaksanaan hukuman mati terhadap mereka," kata jurucakap pejabat Peguam Negara, Tonny Spontana semalam.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Australia, Tonny Abbot mengulangi desakannya agar Widodo bersimpati dan memansuhkan hukuman mati ke atas dua rakyatnya kerana kesalahan mengedar dadah.
Ketika ini, kira-kira 60 orang yang dihukum mati di Indonesia kerana kesalahan mengedar dadah akan menghadapi skuad penembak. - dpa
Keputusan itu membuka jalan bagi pelaksanaan hukuman mati terhadap Andrew Chan oleh skuad penembak bersama-sama rakan senegaranya, Myuran Sukumaran.
Chan dan Sukumaran pernah merayu kepada bekas presiden sebelum ini agar hukuman mereka diringankan, peluang terakhir mereka bagi mengelakkan daripada berdepan skuad penembak selepas rayuan mereka di mahkamah ditolak.
Kedua-dua tertuduh adalah anggota kumpulan Bali Nine ditahan pada 2005 kerana cuba membawa masuk 8.3 dadah kokain ke negara itu.
Minggu lalu, enam anggota sindiket terbabit ditembak mati di Pulau Nusalambangan dan Boyolali.
"Permintaan pengampunan bagi pihak Andrew Chan telah ditolak.
Pihak berkuasa juga belum menetapkan tarikh pelaksanaan hukuman mati terhadap mereka," kata jurucakap pejabat Peguam Negara, Tonny Spontana semalam.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Australia, Tonny Abbot mengulangi desakannya agar Widodo bersimpati dan memansuhkan hukuman mati ke atas dua rakyatnya kerana kesalahan mengedar dadah.
Ketika ini, kira-kira 60 orang yang dihukum mati di Indonesia kerana kesalahan mengedar dadah akan menghadapi skuad penembak. - dpa
Pengaruh kawan menjadi antara punca ramai individu mengambil dadah ketika berhibur secara berkumpulan seperti di konsert di atas.
To the viewers of this blog
ReplyDeletePls comment tq
Lucky Club Casino Site in the world online - LuckyClub.live
ReplyDeleteIn the new year we're looking luckyclub at many of the new gambling operators, one of the fastest growing online casinos out there, and it's all here.